life insurance
Penerangan Mengenai
Takaful Keluarga

Takaful Keluarga mempunyai matlamat yang sama
dengan Insurans Hayat, namun ia berbeza di mana
Takaful Keluarga adalah insurans patuh Syariah. Berikut
ialah jenis pelan Takaful Keluarga yang boleh anda pilih
untuk melindungi anda dan ahli keluarga anda.
life insurance
Penerangan Mengenai
Takaful Keluarga

Takaful Keluarga mempunyai matlamat yang sama
dengan Insurans Hayat, namun ia berbeza di mana
Takaful Keluarga adalah insurans patuh Syariah. Berikut
ialah jenis pelan Takaful Keluarga yang boleh anda pilih
untuk melindungi anda dan ahli keluarga anda.
individual

Individu


Takaful Tradisional menyediakan anda dengan perlindungan dan juga pelan simpanan jangka panjang. Anda atau penama anda akan menerima manfaat kewangan jika anda ditimpa musibah. Sebahagian daripada sumbangan anda juga akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan sebagai simpanan supaya anda juga dapat menikmati pulangan pelaburan.
Takaful Bertempoh/Takaful Keluarga Tulen menyediakan perlindungan untuk kejadian khusus yang dilindungi. Berbeza daripada pelan Takaful Tradisional, anda tidak menerima sebarang pulangan pelaburan sepanjang tempoh sijil Takaful Bertempoh/Takaful Keluarga Tulen atau apabila sijil luput.

investment linked takaful

Takaful Berkaitan Pelaburan


Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan menawarkan pelaburan dan juga perlindungan. Anda akan diberikan perlindungan Takaful termasuk manfaat kematian dan kehilangan keupayaan serta pilihan pelaburan dalam pelbagai dana pelaburan yang diluluskan Syariah. Anda boleh menukar jumlah sumbangan seiring perubahan keadaan kewangan anda, dan juga mengubah dana pelaburan kepada dana pelaburan yang lain pada bila-bila masa.


medical and health takaful

Takaful Perubatan dan Kesihatan


Selain melindungi perbelanjaan bagi pelbagai jenis rawatan perubatan swasta, pelan ini juga akan membayar anda sejumlah wang tertentu jika anda disahkan menghidap penyakit atau mengalami kecederaan akibat kemalangan. Pelan ini boleh disertai sebagai pelan berasingan atau sebagai tambahan kepada pelan Takaful Keluarga.


credit takaful

Takaful Kredit


Pelan ini melindungi pembayaran balik bagi pembiayaan hartanah, sewa beli, peribadi atau perniagaan yang belum dijelaskan kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal atau penyakit kritikal yang dialami peserta.


rider supplementary cover

Rider/Perlindungan Tambahan


Anda mempunyai pilihan untuk menyertakan pelan ini kepada pelan Takaful asas seperti pelan Takaful Bertempoh, Takaful Keluarga Tulen, Takaful Tradisional atau Takaful Berkaitan Pelaburan untuk perlindungan tambahan. Sumbangan atau ‘tabarru’ tambahan mungkin perlu dibuat.