Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah. Program ini telah dilancarkan pada September 2021 dan ditawarkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak.
Pada tahun 2021, baucar RM50 telah diperuntukkan kepada penerima BPR yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang dari syarikat insurans dan pengedali takaful yang berlesen.
Bermula pada 1 Januari 2022, baucar RM75 akan diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada. Penerima BKM yang layak juga dibenarkan untuk menebus baucar RM75 untuk pembelian insurans/takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc dan ke bawah dibawah Fasa 2 Program PTV RM75 ini. Butiran lanjut untuk pelaksanaan Fasa 2 akan diumumkan kelak.
Sila layari laman sesawang
www.myptv.my
untuk menyemak kelayakan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 2022.