Soalan Lazim
Semak Kasih ialah sebuah platform yang mudah, boleh diakses dan selamat untuk membantu anda menyemak sama ada orang tersayang yang telah meninggal dunia mempunyai sebarang manfaat takaful keluarga atau insurans hayat yang belum dituntut daripada pengendali takaful dan syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar di portal Semak Kasih.
Buat masa ini, portal ini hanya menyediakan akses kepada rekod takaful keluarga dan insurans hayat.
Produk yang layak untuk semakan termasuk sijil takaful dan polisi insurans yang dibeli oleh orang tersayang anda yang telah meninggal dunia. Portal ini akan menyediakan maklumat tentang syarikat insurans atau pengendali takaful yang perlu dihubungi.
Untuk membuat carian, anda perlu mengemukakan maklumat si mati, termasuk nombor ID (MyKad/lain-lain), nombor sijil kematian, dan salinan sijil kematian yang jelas.
(Nota: Hanya sijil kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara diterima)
Hanya fail dalam format PDF, JPEG, dan JPG diterima untuk sijil kematian, dengan saiz maksimum XX MB) (ISM to confirm)
Ya. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang carian.
Anda perlu menyediakan:
-
Nama penuh
-
Nombor ID (MyKad/lain-lain)
-
Alamat e-mel yang sah
-
Nombor telefon bimbit yang sah
Tidak. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma.
Tidak. Portal ini hanya mengesahkan kewujudan sijil atau polisi serta mengenal pasti pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang berkaitan. Jika rekod ditemui, anda akan diberikan maklumat hubungan pengendali takaful atau syarikat insurans hayat berkenaan untuk pertanyaan lanjut.
Anda boleh membuat 3 carian dalam satu hari. Had carian anda akan ditetapkan semula dalam masa 24 jam.
Anda boleh mengemukakan pertanyaan di +603 7456 3960
Panduan Langkah demi Langkah:
Langkah 1: Daftar akaun di Portal Semak Kasih
Daftar akaun menggunakan nama, Nombor ID (MyKad/lain-lain), alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda.
Langkah 2: Log masuk ke akaun anda
Setelah berjaya mendaftar, log masuk untuk mengakses perkhidmatan.
Langkah 3: Hantar pertanyaan
Sediakan maklumat berikut:
Nombor ID (MyKad/lain-lain) si mati
Nombor sijil kematian
Muat naik salinan sijil kematian
Apa yang berlaku seterusnya?
Sekiranya padanan rekod ditemui, anda akan menerima senarai pengendali takaful atau syarikat insurans hayat beserta maklumat perhubungan mereka.
Sila hubungi pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang dipaparkan di skrin untuk langkah seterusnya dan bantuan lanjut.
Sila ambil maklum bahawa padanan tidak semestinya bermaksud tuntutan takaful keluarga atau insurans hayat boleh dibayar pada peringkat ini.
Sekiranya tiada padanan rekod ditemui, apakah maklumat yang akan dipaparkan di skrin?
Mesej “Tiada rekod ditemui” akan dipaparkan di skrin.
Jika carian anda menunjukkan padanan, sila hubungi pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang dipaparkan di skrin untuk bantuan lanjut.
Jika rekod ditemui, sila hubungi pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang dipaparkan di skrin untuk mendapatkan panduan mengenai cara meneruskan tuntutan anda.
Nota Penting: Portal Semak Kasih tidak memproses tuntutan atau menyediakan perkhidmatan berkaitan tuntutan. Sebarang pertanyaan, penghantaran dan susulan tuntutan hendaklah diuruskan secara langsung dengan pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang berkaitan, mengikut prosedur mereka.
