Panduan
Perkhidmatan

Panduan perkhidmatan dirangka untuk
membantu anda selaku pengguna
memahami dan menjangkakan tahap
perkhidmatan yang sewajarnya apabila
membeli produk insurans atau pelan Takaful
daripada perantara seperti ejen insurans/Takaful.
Panduan
Perkhidmatan

Panduan perkhidmatan dirangka untuk membantu anda selaku pengguna memahami dan menjangkakan tahap perkhidmatan yang sewajarnya apabila membeli produk insurans atau pelan Takaful daripada perantara seperti ejen insurans/Takaful.
mycoverage service

Apakah


yang terdapat dalam Panduan Perkhidmatan?

Panduan ini mengandungi maklumat tentang perkhidmatan yang boleh anda harapkan daripada pengantara pada peringkat yang berikut:

  • Sebelum membeli polisi insurans atau menyertai pelan Takaful
  • Apabila membuat keputusan membeli polisi atau menyertai pelan Takaful
  • Sepanjang tempoh polisi insurans atau pelan Takaful

 


mycoverage service

Di manakah


saya boleh mendapatkan Panduan Perkhidmatan?

Anda boleh mendapatkan salinan panduan perkhidmatan di laman web atau portal pelanggan syarikat insurans atau Pengendali Takaful yang berkenaan atau ibu pejabat dan cawangan syarikat insurans atau Pengendali Takaful yang berkenaan.


mycoverage service

Bilakah


saya boleh mendapatkan Panduan Perkhidmatan?

Anda seharusnya diberikan panduan perkhidmatan oleh pengantara sebelum membeli polisi insurans hayat atau menyertai pelan Takaful dalam bentuk bercetak atau salinan elektronik.