Soalan Lazim


Anda boleh membaca jawapan kepada soalan lazim mengenai Insurans Hayat dan Takaful Keluarga dengan mudah di satu halaman.

Soalan Lazim Insurans Hayat

Jawapan kepada soalan lazim Insurans Hayat.


mycoverage faq

Terdapat pelbagai jenis insurans di pasaran. Dimana saya boleh bermula?


Insurans Hayat umumnya boleh dibahagikan kepada:

  • Insurans tradisional
  • Insurans berkaitan pelaburan
  • Insurans perubatan dan kesihatan


mycoverage faq

Apakah pertimbangan utama yang anda perlu ketika membeli polisi Insurans Hayat?


Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

mycoverage faq

Risiko yang anda ingin lindungi

mycoverage faq

Walaupun polisi Insurans Hayat secara umumnya melindungi manfaat kematian, terdapat polisi yang melindungi risiko tertentu secara lebih khusus seperti peringkat awal penyakit kritikal, kematian akibat kemalangan dan kehilangan upaya sebahagian.


Matlamat kewangan anda

mycoverage faq

Matlamat anda mungkin matlamat khusus seperti perancangan harta pusaka untuk anak-anak anda atau simpanan untuk persaraan. Matlamat ini seharusnya mempunyai jangka masa atau tempoh pelaburan tertentu.


Tahap perlindungan yang anda kehendaki

mycoverage faq

Faktor-faktor yang patut anda pertimbangkan termasuk:

  • Bilangan tanggungan anda (contoh seperti ibu bapa yang telah bersara, suami/isteri, anak-anak)
  • Komitmen kewangan jangka panjang yang belum dijelaskan (contoh seperti pinjaman perumahan, dana pendidikan)
  • Gaya hidup/taraf hidup
  • Simpanan dan aset pelaburan
  • Kos perbelanjaan yang dijangkakan pada masa hadapan berdasarkan nilai mata wang dan inflasi (contoh seperti kos pendidikan peringkat ijazah di universiti swasta hari ini mungkin meningkat 50% pada masa depan)


Kemampuan anda

mycoverage faq

Jumlah yang anda boleh peruntukkan untuk Insurans Hayat selepas menolak perbelanjaan, komitmen dan simpanan. Jika bajet agak terhad, anda boleh mempertimbangkan alternatif lebih murah seperti insurans bertempoh untuk anda terus menikmati perlindungan asas.


Kesanggupan anda menanggung risiko

mycoverage faq

Pertimbangkan kesanggupan anda menanggung risiko. Adakah anda seorang pelabur konservatif yang lebih selesa dengan pulangan lebih rendah tetapi konsisten? Atau, anda mungkin cenderung kepada pelaburan berisiko tinggi, yang mungkin turun naik dalam jangka pendek tetapi memberikan peningkatan modal dalam jangka panjang.

Pertimbangkan juga tujuan utama perlindungan insurans anda. Jika anda mengutamakan perlindungan, anda dinasihatkan agar memilih pelaburan lebih konservatif kerana dana yang dinamik menimbulkan risiko lebih tinggi.


mycoverage faq

INSURANS TRADISIONAL


mycoverage faq

Apa yang ditawarkan oleh Insurans Tradisional?

mycoverage faq

Insurans Tradisional menyediakan perlindungan dengan pembayaran premium sepanjang tempoh polisi insurans. Pembayaran manfaat adalah dijamin, walau bagaimanapun, terdapat juga pelan yang menawarkan manfaat tidak dijamin seperti bonus tunai.


Apakah jenis Insurans Tradisional yang biasa terdapat di pasaran?

mycoverage faq

Insurans Seumur Hidup menyediakan perlindungan jangka panjang. Bayaran sekali gus dibuat sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas orang yang diinsuranskan dalam tempoh polisi, atau apabila polisi matang. Lazimnya insurans jenis ini boleh didapati dalam bentuk yang berlainan.

  • Pelan penyertaan: Pelan ini membolehkan anda berkongsi keuntungan syarikat insurans menerusi "dana penyertaan". Keuntungan dibayar dalam bentuk bonus tunai dan dividen tidak dijamin yang tertakluk kepada perisytiharan sebenar syarikat
  • Pelan tanpa penyertaan: Pelan ini tidak terlibat dengan “dana penyertaan” syarikat insurans

Insurans Bertempoh hanya menyediakan perlindungan untuk tempoh yang ditetapkan, dari tempoh sesingkat 5 tahun hingga 30 tahun atau lebih. Oleh kerana pelan ini tidak disertakan dengan sebarang bentuk simpanan atau pelaburan, tiada sebarang nilai tunai dibayar apabila di- tamatkan lebih awal. Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas orang yang diinsuranskan.
Insurans Endowmen menawarkan perlindungan dan simpanan untuk tempoh masa tertentu. Manfaat bayaran sekali gus akan dibuat pada akhir tempoh polisi, atau sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas orang yang diinsuranskan dalam tempoh polisi. Terdapat juga polisi endowmen yang membayar manfaat tunai dijamin tahunan sepanjang tempoh polisi, selagi anda masih hidup sehingga akhir tempoh polisi.
Anuiti menjamin bayaran tetap secara berkala (biasanya bulanan), selagi Orang Diinsuranskan masih hidup atau untuk tempoh ditetapkan. Ia biasanya dibeli untuk menambah pendapatan pada usia persaraan. Premium biasanya dibayar dalam jumlah sekali gus tetapi sesetengah pelan menawarkan pilihan pembayaran premium secara tetap untuk tempoh tertentu.


mycoverage faq

INSURANS BERKAITAN PELABURAN


mycoverage faq

Apakah perbezaan antara insurans berkaitan pelaburan dan insurans tradisional?

mycoverage faq

Insurans berkaitan pelaburan menggabungkan perlindungan dan pelaburan, dengan sebahagian daripada premium yang anda bayar digunakan untuk melabur dalam dana berkaitan pelaburan pilihan anda. Jumlah manfaat yang perlu dibayar mungkin termasuk nilai-nilai dana yang berubah mengikut prestasi dan nilai aset asas dana pelaburan yang dipilih pada masa itu. Pelan insurans berkaitan pelaburan membolehkan anda menyesuaikan tahap perlindungan dan pelaburan dengan keperluan dan matlamat anda.


Apakah jenis Insurans Hayat berkaitan pelaburan yang boleh didapati di pasaran?

mycoverage faq

Insurans Berkaitan Pelaburan Dengan Premium Berkala menyediakan perlindungan jangka panjang dan memberi peluang untuk mengembangkan pelaburan anda. Manfaat bayaran sekaligus akan dibayar sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas orang yang diinsuranskan dalam tempoh polisi, atau apabila polisi matang. Umumnya, manfaat bayaran sekali gus yang dibayar termasuk jumlah diinsuranskan dan jumlah nilai pelaburan polisi anda.
Insurans Berkaitan Pelaburan Premium Tunggal dirangka untuk tujuan pelaburan. Pelan jenis ini mungkin tidak menawarkan perlindungan setanding pelan insurans berkaitan pelaburan dengan premium berkala, tetapi kadar peruntukan premium adalah jauh lebih tinggi.


Apakah makna “kadar peruntukan premium” dalam polisi insurans berkaitan pelaburan?

mycoverage faq

Kadar ini merujuk kepada peratusan premium dibayar yang diperuntukkan bagi pelaburan dalam dana berkaitan pelaburan yang anda pilih.


Bagaimana saya boleh menyesuaikan insurans berkaitan pelaburan saya untuk memenuhi keperluan dan matlamat saya?

mycoverage faq

Sesetengah syarikat insurans kini merangkum manfaat “dijamin boleh diinsuranskan” secara automatik dalam pelan insurans berkaitan pelaburan mereka. Ini membolehkan anda menambah liputan perlindungan anda dengan mudah apabila berlaku peristiwa penting dalam hidup anda tanpa perlu melalui proses pengunderaitan (seperti penilaian gaya hidup, pekerjaan dan sejarah perubatan). Peristiwa penting dalam hidup mungkin termasuk perkahwinan, kelahiran anak atau pembelian rumah.

Anda boleh memilih untuk menukar dana pada bila-bila masa untuk disesuaikan dengan kesanggupan anda menanggung risiko, menambah atau mengurangkan portfolio pendedahan kepada aset yang berisiko. Syarikat insurans umumnya menawarkan pelbagai dana berkaitan pelaburan yang diuruskan secara profesional termasuk dana tempatan dan dana asing yang boleh disesuaikan dengan tahap penerimaan risiko pelanggan yang berbeza.


Adakah pulangan atas dana berkaitan pelaburan terjamin?

mycoverage faq

Tidak. Harga unit dana bergantung pada nilai pasaran.


Perlukah saya menyerahkan pelan insurans berkaitan pelaburan saya jika saya mahu menukar dana pelaburan?

mycoverage faq

Tidak. Anda tidak dinasihatkan untuk menyerahkan pelan insurans anda yang sedia ada jika anda mahu menukar dana pelaburan kerana anda mungkin mendapat kurang daripada jumlah yang telah anda laburkan disebabkan yuran dan caj yang dikenakan. Anda boleh menukar pelaburan jika dibenarkan tetapi anda mungkin dikenakan yuran pemprosesan.


Bolehkah saya menambah pelaburan saya?

mycoverage faq

Ya. Anda dibenarkan untuk menambah pelaburan ke dalam dana berkaitan pelaburan anda yang sedia ada pada bila-bila masa. Anda juga boleh meningkatkan perlindungan untuk kematian, penyakit kritikal, kemasukan hospital, kemalangan dan lain-lain.


Berapa lama saya patut memegang pelan insurans berkaitan pelaburan saya?

mycoverage faq

Tiada tempoh tetap untuk anda memegang pelan insurans berkaitan pelaburan. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk meme- gang pelan ini untuk tempoh yang singkat memandangkan kos permulaan yang tinggi.


mycoverage faq

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


mycoverage faq

Apakah insurans perubatan dan kesihatan?

mycoverage faq

Insurans perubatan dan kesihatan menanggung perbelanjaan berkaitan perubatan dan pembedahan seperti kos kemasukan hospital, yuran pembedahan dan yuran rundingan doktor. Kadar premium dikira berasaskan usia semasa, jantina, pekerjaan, keadaan kesihatan dan pelan yang dipilih. Kadar tidak dijamin dan boleh disemak semula dari masa ke masa. Ini adalah kerana bilangan tuntutan perubatan yang terus meningkat dan kos perubatan yang semakin tinggi.


Apakah antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam insurans perubatan dan kesihatan?

mycoverage faq

Insurans Bersama/ Deduktibel -Anda membayar sebahagian daripada perbelanjaan perubatan yang ditanggung, seperti yang ditetapkan dalam terma dan syarat polisi ini. Walaubagaimanapun, sesetengah pelan mungkin menetapkan had ke atas insurans bersama yang perlu dibayar.Sebagai contoh: 10% insurans bersama ke atas bil perubatan, sehingga maksimum RM500

Deduktibel -Anda membayar jumlah yang ditetapkan daripada perbelanjaan perubatan yang ditanggung, dengan selebihnya akan dilindungi oleh syarikat insurans hayat. Sebagai contoh, jika pelan anda mempunyai kadar deduktibel RM2,000, ini bermakna anda perlu membayar RM2,000 pertama yang ditanggung dalam bil perubatan manakala syarikat insurans menjelaskan selebihnya. Jika bil perubatan kurang daripada RM2,000, syarikat insurans tidak menanggung sebarang kos.
Manfaat – pengecualian dan had
Terdapat beberapa pengecualian dan had yang dikenakan. Sebagai contoh, penyakit tertentu yang dialami dalam 120 hari pertama dari tarikh permulaan polisi atau sebarang kejadian perubatan akibat keadaan perubatan sedia ada tidak dilindungi. Minta ejen insurans anda menerangkan senarai tersebut kepada anda.

Keadaan perubatan sedia ada
Keputusan syarikat insurans untuk menginsuranskan anda adalah berdasarkan maklumat yang diberikan dalam borang cadangan, laporan pemeriksaan perubatan (jika perlu), dll. Kegagalan memberikan maklumat penting seperti sejarah perubatan boleh menyebabkan tuntutan tidak dibayar, lebih-lebih lagi apabila didapati kejadian yang menimbulkan tuntutan dikaitkan dengan keadaan perubatan yang sedia ada.

Kadar premium
Kadar premium bagi insurans perubatan dan kesihatan tidak dijamin dan boleh disemak semula dari masa ke masa. Ini kerana bilangan tuntutan perubatan yang terus meningkat dan kos perubatan yang semakin tinggi. Kadar premium akan bertambah seiring peningkatan usia anda.

Senarai hospital panel
Minta senarai hospital panel di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan daripada ejen insurans anda..

Perlindungan keluarga berbanding individu
Sesetengah syarikat insurans menawarkan diskaun apabila anda membeli dua polisi atau lebih untuk orang-orang tersayang.


Apakah maksud “pembaharuan dijamin” dalam polisi insurans perubatan dan kesihatan?

mycoverage faq

“Pembaharuan dijamin” bermaksud syarikat insurans menjamin pembaharuan polisi, tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi. Walau bagaimanapun, premium yang perlu dibayar tidak dijamin mahupun tetap.

Lazimnya, pembaharuan polisi dijamin sehingga/melainkan perkara tertentu telah berlaku seperti:

  • Anda tidak membayar premium atau tidak membuat bayaran tepat pada masanya
  • Anda tersalah nyata fakta penting, sebagai contoh, usia atau keadaan perubatan anda, semasa membuat permohonan anda
  • Anda membatalkan polisi
  • Jumlah tuntutan di bawah polisi telah mencapai had keseluruhan yang ditetapkan
  • Anda telah mencapai had usia bagi perlindungan pada tarikh pembaharuan polisi


mycoverage faq

MEMBELI POLISI INSURANS


mycoverage faq

Apakah yang patut saya ketahui apabila membeli polisi Insurans Hayat?

mycoverage faq

Pastikan anda hanya berurusan dengan ejen berdaftar
Ejen insurans hayat yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dikehendaki lulus peperiksaan prakontrak yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia (MII). Mereka hanya boleh mewakili satu syarikat insurans dan memberi khidmat nasihat tentang produk yang dipasarkan oleh syarikat itu sahaja. Anda juga boleh meminta ejen tunjukkan kad pengesahan yang dikeluarkan oleh LIAM. Selain itu, anda boleh menyemak status ejen melalui laman web LIAM.

Ketahui hak anda
Jika anda bercadang untuk membeli produk Insurans Hayat daripada ejen insurans hayat, anda boleh meminta satu salinan panduan perkhidmatan syarikat insurans. Panduan ini merupakan senarai semak ringkas tentang kewajipan dan perkhidmatan nilai tambah yang diberikan oleh ejen di setiap peringkat iaitu sebelum anda membeli polisi, apabila anda membuat keputusan untuk membeli polisi, dan sepanjang tempoh polisi.

Memahami produk dengan sewajarnya
Jangan terpengaruh oleh janji lisan atau jaminan pulangan tinggi. Minta dokumen berkaitan produk seperti Ilustrasi Jualan, Helaian Penerangan Produk dan/atau laporan prestasi dana sebelum membuat komitmen untuk membeli polisi Insurans Hayat.

Mendedahkan maklumat yang dikehendaki
Syarikat insurans telah menetapkan proses pengunderaitan untuk menentukan jenis risiko anda kepada syarikat insurans dan untuk membolehkan syarikat memutuskan sama ada untuk menerima risiko atau tidak.

Risiko kematian atau penyakit kritikal ditentukan oleh beberapa faktor seperti usia, jantina, amalan gaya hidup, sejarah peribadi dan perubatan, pekerjaan, dan sebagainya. Anda mungkin menemui istilah-istilah berikut:

  • Hayat Standard – Umumnya bermakna anda tidak mengalami sebarang masalah perubatan yang serius, atau mempunyai pekerjaan yang berisiko rendah. Anda dikenakan kadar premium standard
  • Hayat Substandard – Umumnya bermakna anda mengalami masalah perubatan sedia ada, atau mempunyai pekerjaan berisiko tinggi. Sebagai seorang yang berisiko lebih tinggi daripada purata, anda mungkin perlu membayar premium tambahan (juga dikenali sebagai bebanan premium) atau bersetuju untuk memasukkan pengecualian tertentu ke dalam polisi anda. Dalam kes tertentu, syarikat insurans mungkin menolak permohonan polisi jika mereka menganggap anda sebagai risiko yang tidak boleh diinsuranskan

Anda mesti mendedahkan maklumat yang dikehendaki dalam borang cadangan/permohonan dengan jujur. Jika anda tidak pasti sama ada perlu mendedahkan maklumat tertentu, anda dicadangkan agar untuk mendedahkannya juga. Ini termasuk sebarang maklumat yang mungkin telah anda berikan kepada ejen anda tetapi tidak dimasukkan dalam borang cadangan. Keputusan syarikat insurans untuk menginsuranskan anda adalah berdasarkan maklumat yang anda berikan dalam borang cadangan, laporan pemeriksaan perubatan (jika perlu), dan sebagainya. Kegagalan untuk memberikan maklumat penting seperti sejarah perubatan boleh menyebabkan tuntutan ditolak, lebih-lebih lagi jika didapati kejadian yang menimbulkan tuntutan ada kaitan dengan keadaan perubatan yang sedia ada.

Sentiasa berwaspada
Pastikan borang cadangan diisi dengan betul. Jangan turunkan tandatangan pada borang kosong atau tidak lengkap. Jika anda mendapati sebarang maklumat tidak tepat atau tidak lengkap, minta supaya borang dipinda dengan serta-merta. Jangan berikan butiran kad pengenalan atau kad kredit anda kepada orang yang tidak anda kenali atau tanpa mendapatkan penjelasan tentang tujuannya.

Anda tidak digalakkan memberikan tunai atau cek kepada ejen insurans anda untuk membayar premium Insurans Hayat anda. Ejen insurans, walaupun yang jujur, mungkin terlupa untuk membayar premium polisi anda sehingga boleh menyebabkan polisi anda luput selepas tamat tempoh ihsan. Sebaik-baiknya gunakan kaedah pembayaran yang selamat dan mudah seperti potongan debit terus.


Bolehkah saya membeli polisi Insurans Hayat terus daripada syarikat insurans?

mycoverage faq

Insurans Hayat biasanya dijual melalui perantara yang dilantik oleh syarikat seperti ejen, broker dan rakan bankasurans. Sebagai perancang kewangan profesional, mereka dilengkapi dengan ilmu yang relevan untuk membimbing dan menasihati anda dalam urusan pembelian polisi Insurans Hayat.

Pada tahun-tahun kebelakangan, Bank Negara Malaysia telah memberi mandat kepada semua syarikat insurans, menerusi Rangka Kerja Insu- rans Hayat dan Takaful Keluarga, untuk menyediakan saluran pembelian langsung bagi produk Insurans Hayat. Ini bermakna anda diberi pili- han untuk membeli Insurans Hayat dalam talian atau melalui kaunter cawangan. Kebanyakan syarikat insurans menawarkan produk Insurans Hayat yang ringkas melalui saluran pembelian langsung. Terdapat rancangan untuk menawarkan produk jenis lain menerusi saluran pembelian langsung pada masa depan.


Adakah ilustrasi jualan Insurans Hayat satu dokumen yang terikat di bawah undang-undang?

mycoverage faq

Ilustrasi jualan bukan dokumen yang terikat di bawah undang-undang. Kewajipan undang-undang polisi Insurans Hayat adalah termaktub di dalam dokumen polisi.


Bagaimana jika saya tidak bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam polisi Insurans yang baru saya beli?

mycoverage faq

Anda boleh membatalkan polisi Insurans Hayat anda dalam “tempoh penelitian percuma” 15 hari dengan memulangkan polisi kepada syarikat insurans selepas anda menerima dokumen polisi. Jumlah premium yang dibayar akan dipulangkan sepenuhnya kepada anda.


Saya tertarik dengan satu produk Insurans Hayat baharu. Bolehkah saya membatalkan polisi saya yang sedia ada dan membeli polisi baharu?

mycoverage faq

Oleh kerana pembelian polisi Insurans Hayat merupakan komitmen jangka panjang, anda dinasihatkan untuk tidak menamatkan polisi anda lebih awal kerana nilai serahan biasanya lebih rendah daripada jumlah premium yang anda bayar. Anda juga mungkin dikenakan premium lebih tinggi jika anda membeli polisi baharu kerana anda kini lebih tua. Bergantung pada keadaan kesihatan anda, ada kemungkinan anda akan dianggap sebagai individu yang berisiko lebih tinggi dan ini mungkin memberi kesan terhadap polisi baharu anda.


Apa akan berlaku kepada polisi Insurans Hayat saya jika saya gagal membayar premium saya pada masa yang ditetapkan?

mycoverage faq

There is a “grace period”, which gives you an additional period of time after Terdapat “tempoh tangguh”, iaitu tempoh lanjutan, untuk anda membuat bayaran selepas tarikh akhir pembayaran premium. Dalam tempoh ini, anda masih boleh membayar premium dan polisi anda masih berkuatkuasa. Pada lazimnya, anda mempunyai tempoh tangguh minima selama tiga puluh (30) hari dari Tarikh Bil, tertakluk kepada amalan syarikat . Jika polisi Insurans Hayat anda telah luput, anda boleh menghidupkan atau mengembalikan semula dalam tempoh masa tertentu dan dengan syarat tertentu seperti perakuan kesihatan anda pada masa pengembalian semula.


Apakah yang akan saya terima jika saya memilih untuk menyerahkan/menamatkan polisi Insurans Hayat saya?

mycoverage faq

Insurans Hayat Tradisional dengan Nilai Tunai
Polisi Insurans Hayat anda mungkin sudah mengumpulkan nilai tunai selepas berkuatkuasa selama beberapa tahun (biasanya sekurang-kurangnya tiga tahun). Nilai tunai ialah bahagian “simpanan” polisi. Nilai tunai ialah jumlah terkumpul apabila bayaran premium anda sudah melebihi kos insurans, membolehkan lebihan ini dimasukkan ke dalam akaun nilai tunai yang akan dilaburkan untuk memperolehi keuntungan. Jika anda membuat keputusan untuk menyerahkan polisi Insurans Hayat anda, nilai tunai, juga dikenali sebagai nilai serahan, akan dibayar. Anda akan mengalami kerugian jika anda menyerahkan polisi anda sebelum polisi matang.

Insurans Berkaitan Pelaburan
Apabila anda menamatkan polisi insurans berkaitan pelaburan, anda akan menerima nilai pelaburan polisi anda pada masa penamatan. Oleh kerana nilai ini dikira berdasarkan nilai pasaran unit baki dana dalam akaun pelaburan polisi anda, anda mungkin mendapat balik nilai lebih rendah daripada jumlah premium yang anda bayar.


Saya tidak lagi mampu membayar premium saya atas sebab tertentu. Apa yang saya boleh lakukan?

mycoverage faq

Berbincanglah dengan ejen insurans anda untuk menentukan pilihan yang boleh anda ambil.

Insurans Hayat Tradisional dengan Nilai Tunai
Syarikat insurans hayat selalunya boleh membuat perubahan untuk memastikan polisi Insurans Hayat anda terus berkuat kuasa tanpa pembayaran premium selanjutnya. Pilihan biasa termasuk pertukaran polisi anda kepada polisi berbayar dengan mengurangkan jumlah asal yang diinsuranskan atau mengurangkan tempoh polisi dengan menggunakan baki nilai tunai.

Insurans berkaitan pelaburan
Memandangkan sebahagian daripada premium yang dibayar dilaburkan dalam dana pelaburan pilihan anda, maka polisi insurans berkaitan pelaburan anda akan mengumpul nilai pelaburan secara beransur-ansur. Jika nilai pelaburan polisi anda tinggi, polisi anda akan terus berkuatkuasa selagi terdapat nilai secukupnya untuk membayar caj insurans, yuran polisi dan premium untuk manfaat tambahan, jika berkenaan. Walau bagaimanapun, tiada jaminan berapa lama polisi akan terus berkuatkuasa kerana nilai pelaburan bergantung pada nilai pasaran baki unit pelaburan dalam akaun pelaburan polisi anda.

Anda mempunyai pilihan untuk mengurangkan jumlah diinsuranskan dalam usaha untuk mengurangkan caj insurans dan melanjutkan tempoh polisi.


Senarai Saluran Pengedaran

mycoverage faq

  • Agensi
  • Bank
  • Pengedaran Langsung – Dalam Talian / Kunjungi Cawangan
  • Pemasaran Langsung / Telepemasaran
  • Penasihat Kewangan
  • Broker
  • Pejabat Pos


Soalan Lazim Takaful Keluarga

Jawapan kepada soalan lazim Takaful Keluarga


mycoverage faq

Apakah maksud Takaful?


Takaful ialah konsep insurans berasaskan Muamalat Islam, yang mematuhi syarat dan peraturan Syariah. Konsep ini telah diamalkan selama lebih daripada 1,400 tahun.

Dari segi prinsipnya, sistem Takaful adalah berasaskan kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan bantuan bersama antara kumpulan peserta. Dengan kata lain, ia adalah peruntukan daripada caruman yang dikongsi bersama bagi menolong mereka yang memerlukan.


mycoverage faq

Apakah perbezaan antara Takaful dan Insurans Konvensional?


Takaful

  • Tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013
  • Peserta memberikan sumbangan berasaskan konsep Tabarru’ (Derma)
  • Pengendali Takaful ialah Pengurus Dana
  • Penyertaan dalam pelan Takaful adalah berasaskan kontrak jaminan bersama antara peserta
  • Jawatankuasa Syariah ditubuhkan untuk memastikan agar transaksi Pengendali Takaful dilaksanakan menurut Prinsip Syariah
  • Tiada unsur maisir (perjudian) dan riba’ (faedah). Perhatian: gharar (ketidaktentuan) wujud dalam Takaful tetapi pada tahap yang boleh diterima di bawah kontrak Tabarru’ (Derma)

Insurans

  • tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013
  • Pemegang Polisi membayar premium untuk nilai perlindungan
  • Syarikat Insurans ialah Pemilik Risiko
  • Insurans ialah kontrak untuk membeli dan menjual antara Syarikat Insurans dan Pemegang Polisi
  • Tidak perlu membentuk Jawatankuasa Syariah
  • Kewujudan Gharar (ketidaktentuan), Maisir (perjudian) dan Riba' (faedah)


mycoverage faq

Bagaimanakah Takaful berfungsi?


Takaful ialah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidaktentuan (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan Takaful berasal daripada perkataan Arab Kafala, yang bermaksud menjamin, membantu atau menjaga keperluan seseorang. Setiap peserta menyumbang atas dasar “iltizam bi al tabarru” (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain apabila memerlukan.


mycoverage faq

Apakah prinsip Islam yang diguna pakai oleh Pengendali Takaful?


Tabarru’ (Derma)
Dalam perniagaan Takaful, Tabarru' ialah derma untuk tujuan perlindungan bersama dalam kalangan peserta. Tabarru' dikreditkan daripada Dana Pelaburan Peserta (PIF) kepada Dana Risiko Peserta (PRF) yang akan digunakan untuk membantu peserta lain sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Wakalah
Kontrak wakalah (agensi) dalam perniagaan Takaful merujuk kepada kontrak yang dibuat antara Peserta dan Pengendali Takaful di mana Pemilik Sijil melantik Pengendali Takaful sebagai wakil (ejen) untuk menguruskan dana Takaful bagi pihak Peserta menurut prinsip Syariah.
Tugas utama Pengendali Takaful yang dilantik menerusi kontrak wakalah adalah untuk menguruskan Dana Risiko Peserta (PRF) dan juga melabur dalam Dana Pelaburan Peserta (PIF) berasaskan kontrak pelaburan mudarabah, wakalah bi a istihtmar, dll.

Ta’awun
Ta’awun bermaksud kerjasama atau kemuafakatan (berasaskan semangat persaudaraan, kewajaran dan ketakwaan). Dalam konteks Takaful, ta'awun dirujuk sebagai saling membantu dan melindungi, di mana peserta membuat komitmen untuk memberikan derma dengan niat untuk membantu satu sama lain menghadapi sebarang musibah yang ditetapkan dalam skim Takaful.


mycoverage faq

Apakah yang dilindungi Takaful?


Takaful ialah jaminan bersama yang disediakan oleh sekumpulan peserta terhadap risiko yang ditetapkan atau bencana yang menimpa seseorang (perlindungan kewangan sekiranya berlaku kematian, hilang keupayaan atau penyakit), harta benda atau sebarang bentuk barangan berharga.


mycoverage faq

Apakah manfaat pelan Takaful?


Perlindungan
Tabarru' yang dikreditkan daripada Dana Pelaburan Peserta (PIF) kepada Dana Risiko Peserta (PRF) akan digunakan untuk membantu anda sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Keuntungan Pelaburan
Pembayaran sumbangan akan diperuntukkan kepada Dana Pelaburan Peserta (PIF) selepas menolak yuran Wakalah. Pengendali Takaful akan menguruskan dan melaburkan sumbangan yang diperuntukkan dalam sekuriti patuh syariah. Keuntungan daripada prestasi pelaburan akan dikekalkan pada peratusan tertentu berasaskan kontrak pelaburan berbeza demi manfaat anda.

Lebihan
Jika terdapat lebihan bersih dalam Dana Risiko Peserta (PRF) pada akhir tahun kewangan, ia akan diagihkan kepada anda dan pengendali takaful mengikut nisbah yang dipersetujui berasaskan pelan Takaful, dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan dan/atau Pemilik Sijil belum menerima sebarang manfaat yang perlu dibayar bagi setiap jenis perlindungan di bawah sijil ini dalam tempoh kuat kuasa.


mycoverage faq

Apakah perbezaan antara Sumbangan dan Tabarru’?


Sumbangan ialah jumlah kasar yang anda bayar tanpa pemotongan caj dalam mana-mana pelan Takaful yang turut serta. Sedangkan tabarru’ ialah bahagian bersih sumbangan anda yang disalurkan kepada Dana Risiko Peserta (PRF) untuk tujuan bantuan bersama dan pembayaran tuntutan yang layak.


mycoverage faq

Terdapat pelbagai jenis Takaful di pasaran. Di manakah saya boleh bermula?


Takaful Keluarga umumnya boleh dibahagikan kepada:

  • Takaful Tradisional
  • Takaful Berkaitan Pelaburan
  • Takaful Perubatan dan Kesihatan


mycoverage faq

Apakah perkara penting yang perlu dipertimbangkan apabila menyertai pelan Takaful Keluarga?


Ejen Takaful anda biasanya akan melakukan proses Pencarian Fakta Pelanggan bersama anda untuk menentukan keperluan, pilihan dan kemampuan anda. Berikut ialah senarai semak ringkas untuk membantu anda bermula.

mycoverage faq

Risiko yang anda ingin lindungi

mycoverage faq

Walaupun pelan Takaful Keluarga secara umumnya melindungi kematian, terdapat sesetengah pelan yang melindungi risiko tertentu lebih khusus seperti penyakit kritikal pada peringkat awal, kematian akibat kemalangan dan kehilangan upaya sebahagian.


Matlamat kewangan anda

mycoverage faq

Matlamat anda mungkin matlamat khusus seperti perancangan harta pusaka untuk anak-anak anda atau simpanan untuk persaraan. Matlamat ini seharusnya mempunyai jangka masa atau tempoh pelaburan tertentu.


Tahap perlindungan yang anda kehendaki

mycoverage faq
  • Berapa ramai tanggungan anda (contoh seperti ibu bapa yang bersara, suami/isteri, anak-anak)
  • Komitmen kewangan jangka panjang yang belum dijelaskan (contoh seperti pembiayaan rumah, dana pendidikan)
  • Gaya hidup/taraf hidup semasa anda
  • Simpanan dan aset pelaburan semasa anda
  • Kos perbelanjaan yang dijangkakan pada masa hadapan berdasarkan nilai mata wang dan inflasi (contoh seperti kos pendidikan peringkat ijazah di universiti swasta hari ini mungkin meningkat 50% pada masa depan)


Kemampuan anda

mycoverage faq

Jumlah yang anda boleh peruntukkan untuk Takaful Keluarga selepas menolak perbelanjaan, komitmen dan simpanan.


Kesanggupan anda menanggung risiko

mycoverage faq

Anda perlu mempertimbangkan kesanggupan anda menanggung risiko jika anda merancang untuk menyertai pelan Takaful berkaitan pelaburan. Mengetahui tujuan perlindungan anda juga akan membantu anda menentukan jika anda patut melabur secara konservatif atau tidak.


mycoverage faq

TAKAFUL TRADISIONAL


mycoverage faq

Apakah yang ditawarkan oleh Takaful Tradisional?

mycoverage faq

Takaful Tradisional menawarkan perlindungan dengan pembayaran caruman sepanjang tempoh sijil Takaful. Pembayaran manfaat adalah terjamin, walau bagaimanapun terdapat sesetengah pelan yang menawarkan manfaat tidak dijamin seperti bonus tunai.


Apakah jenis Takaful Keluarga tradisional yang boleh didapati di pasaran?

mycoverage faq

Takaful Bertempoh yang menyediakan perlindungan hanya untuk tempoh yang ditetapkan, dari 5 tahun hingga 30 tahun atau lebih. Memandangkan tiada ciri simpanan atau pelaburan, tiada nilai tunai perlu dibayar jika sijil ditamatkan lebih awal. Sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyuluruh dan Kekal (HUMK) ke atas orang yang dilindungikan dalam tempoh sijil, atau pada akhir tempoh sijil, sijil ini akan membayar jumlah dilindungi atau yang ditawarkan daripada sumbangan yang dibayar (bergantung pada ciri-ciri produk). Ini merupakan pilihan lebih murah berbanding pelan Takaful lain.

Takaful Simpanan Jangka Panjang menawarkan perlindungan dan simpanan untuk tempoh ditetapkan. Manfaat jumlah sekali gus akan dibayar pada akhir tempoh sijil atau sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas pemilik sijil atau orang yang dilindungikan dalam tempoh sijil. Sesetengah sijil Takaful Simpanan Jangka Panjang juga mungkin membayar manfaat tunai tahunan sepanjang tempoh sijil, dengan syarat pemilik sijil atau orang dilindungi hidup sehingga akhir tempoh sijil.


mycoverage faq

TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN


mycoverage faq

Bagaimana Takaful berkaitan pelaburan berbeza daripada Takaful tradisional?

mycoverage faq

Berbeza daripada Takaful tradisional, pelan Takaful berkaitan pelaburan lebih fleksibel kerana anda boleh melaraskan perlindungan dan tahap pelaburan mengikut keperluan dan matlamat anda.


Apakah jenis pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang boleh didapati di pasaran?

mycoverage faq

Takaful Berkaitan Pelaburan Caruman Berkala menyediakan perlindungan jangka panjang dan pilihan untuk mengembangkan pelaburan anda. Manfaat jumlah sekali gus akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas orang yang dilindungikan dalam tempoh sijil, atau apabila sijil matang. Pada amnya, manfaat jumlah sekali gus yang akan dibayar termasuk jumlah dilindungi dan jumlah nilai pelaburan sijil anda.

Takaful Berkaitan Pelaburan Caruman Tunggal dirangka terutamanya untuk tujuan pelaburan. Pelan jenis ini mungkin tidak menawarkan perlindungan setanding pelan Takaful berkaitan pelaburan berkala, tetapi kadar peruntukan caruman adalah jauh lebih tinggi.


Apakah maksud “kadar peruntukan caruman” dalam sijil Takaful berkaitan pelaburan?

mycoverage faq

Ini merujuk kepada peratus caruman dibayar yang diperuntukkan bagi pelaburan dalam dana berkaitan pelaburan pilihan anda.


Bagaimana saya boleh menyesuaikan sijil Takaful berkaitan pelaburan saya untuk memenuhi keperluan dan matlamat saya?

mycoverage faq

Berbeza daripada pelan Takaful Keluarga tradisional, pelan Takaful berkaitan pelaburan menawarkan fleksibiliti untuk meningkatkan atau mengurangkan tahap perlindungan anda (contoh jumlah dilindungi anda) pada bila-bila masa sepanjang tempoh sijil tertakluk kepada proses pengunderaitan.


Adakah pulangan atas dana berkaitan pelaburan dijamin?

mycoverage faq

Tidak. Pulangan atas dana berkaitan pelaburan tidak dijamin. Ini kerana harga unit dana mungkin naik atau turun bergantung pada nilai pasaran dana tersebut.


Perlukah saya menyerahkan pelan Takaful berkaitan pelaburan saya jika saya mahu menukar dana pelaburan?

mycoverage faq

Tidak. Anda tidak dinasihatkan untuk menyerahkan pelan Takaful sedia ada jika anda mahu menukar dana pelaburan kerana anda mungkin mendapat kurang daripada jumlah yang anda laburkan disebabkan yuran dan caj yang dikenakan. Apa yang boleh anda lakukan ialah membuat pertukaran dana dan kebanyakan syarikat Takaful kini membenarkan satu pertukaran setahun tanpa mengenakan sebarang yuran. Walau bagaimanapun, untuk pertukaran tambahan, anda mungkin dikenakan yuran pemprosesan.


Bolehkah saya menambah pelaburan saya?

mycoverage faq

Ya. Anda dibenarkan menambah nilai pelan Takaful berkaitan pelaburan sedia ada anda pada bila-bila masa. “Tambah Nilai” biasanya digunakan untuk meningkatkan bahagian pelaburan pelan sumbangan tunggal dan berkala tanpa sebarang perubahan kepada perlindungan Takaful. Anda juga boleh meningkatkan perlindungan bagi kematian, penyakit kritikal, kemasukan hospital, kemalangan dan lain-lain.


Berapa lama saya patut memegang pelan Takaful berkaitan pelaburan saya?

mycoverage faq

Tiada tempoh tetap bagi anda memegang pelan Takaful berkaitan pelaburan anda. Ia seperti akaun simpanan di bank atau unit amanah di mana anda boleh membuat keputusan tentang tempoh pegangan anda dalam pelan. Walau bagaimanapun, anda tidak dinasihatkan untuk memegang pelan untuk tempoh yang singkat kerana kos awalnya yang tinggi.


mycoverage faq

TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN


mycoverage faq

Apakah Takaful perubatan dan kesihatan?

mycoverage faq

Takaful Perubatan dan Kesihatan menanggung perbelanjaan berkaitan perubatan dan pembedahan seperti kos kemasukan hospital, yuran pembedahan dan yuran rundingan doktor. Kadar sumbangan dikira berdasarkan usia semasa, jantina, pekerjaan, keadaan kesihatan dan pelan yang dipilih. Kadar tidak dijamin dan boleh disemak semula dari masa ke masa. Ini kerana bilangan tuntutan perubatan yang terus meningkat dan kos perubatan yang semakin tinggi.


Apakah antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan?

mycoverage faq

Takaful Bersama/Deduktibel

  • Takaful Bersama– anda membayar sebahagian daripada perbelanjaan perubatan yang ditanggung seperti yang ditetapkan di bawah terma dan syarat dalam sijil. Walau bagaimanapun, sesetengah pelan mungkin menetapkan had bagi Takaful Bersama yang perlu dibayar. Sebagai contoh: 10% Takaful Bersama atas bil perubatan, sehingga maksimum RM500.
  • Deduktibel – anda membayar jumlah yang ditetapkan daripada jumlah perbelanjaan perubatan yang ditanggung, dengan selebihnya akan dilindungi oleh Pengendali Takaful. Sebagai contoh, jika pelan anda mempunyai kadar deduktibel RM2,000, ini bermakna anda perlu membayar RM2,000 pertama yang ditanggung dalam bil perubatan manakala syarikat menjelaskan selebihnya. Jika bil perubatan kurang daripada RM2,000, Pengendali Takaful tidak menanggung sebarang kos.

Manfaat – pengecualian dan had
Ini adalah penting bagi anda untuk memahami pengecualian dan had am sijil Takaful perubatan dan kesihatan. Sebagai contoh, sebarang kejadian perubatan disebabkan oleh keadaan perubatan sedia ada tidak dilindungi. Penyakit tertentu yang dialami dalam tempoh 120 hari pertama dari tarikh permulaan sijil juga tidak dilindungi.
Minta ejen takaful anda menerangkan senarai tersebut kepada anda.

Keadaan perubatan sedia ada
Perlindungan anda adalah berasaskan maklumat yang disediakan dalam borang cadangan, laporan pemeriksaan perubatan (jika perlu), dll. Kegagalan memberikan maklumat penting seperti sejarah perubatan boleh menyebabkan tuntutan tidak dibayar, lebih-lebih lagi apabila didapati kejadian yang menimbulkan tuntutan dikaitkan dengan keadaan perubatan yang sedia ada.

Kadar Caruman
Berbeza daripada jenis Takaful Keluarga lain, kadar caruman bagi Takaful perubatan dan kesihatan tidak dijamin dan boleh disemak semula dari masa ke masa. Ini kerana bilangan tuntutan perubatan yang terus meningkat dan kos perubatan yang semakin tinggi. Caruman juga akan meningkat seiring peningkatan usia anda. Pastikan bahawa caruman yang perlu dibayar di bawah sijil ini ialah jumlah yang mampu anda bayar.

Senarai hospital panel
Minta senarai hospital panel di bawah sijil perubatan dan kesihatan daripada ejen takaful anda. Pastikan anda berpuas hati dengan perlindungan yang disediakan di tempat mastautin anda.

Perlindungan keluarga berbanding individu
Sesetengah Pengendali Takaful menawarkan diskaun apabila anda melanggan dua atau lebih sijil untuk orang-orang tersayang.


Apakah maksud “pembaharuan dijamin” dalam sijil Takaful perubatan dan kesihatan?

mycoverage faq

“Pembaharuan dijamin” bermaksud Pengendali Takaful Keluarga menjamin pembaharuan sijil, tertakluk kepada terma dan syarat yang dinya- takan dalam sijil. Walau bagaimanapun, caruman yang perlu dibayar tidak dijamin mahupun tetap. Lazimnya, pembaharuan sijil dijamin seh- ingga/melainkan perkara tertentu telah berlaku seperti:

  • Anda tidak membayar caruman atau tidak membayar tepat pada masanya.
  • Anda tersalah nyata fakta penting, sebagai contoh usia atau keadaan perubatan, semasa membuat permohonan anda
  • Anda membatalkan sijil
  • Jumlah tuntutan di bawah sijil telah mencapai had keseluruhan yang ditetapkan
  • Anda telah mencapai had usia bagi perlindungan pada tarikh pembaharuan sijil


mycoverage faq

MENYERTAI SIJIL TAKAFUL


mycoverage faq

Apakah yang saya perlu saya ketahui apabila menyertai sijil Takaful Keluarga?

mycoverage faq

Pastikan anda hanya berurusan dengan ejen berdaftar
Ejen Takaful Keluarga yang berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) perlu lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE) yang dikendalikan oleh MTA. Mereka hanya boleh mewakili satu Pengendali Takaful Keluarga dan memberikan khidmat nasihat tentang cara produk dipasarkan oleh pengendali takaful tersebut. Sekatan ini, walau bagaimanapun, tidak digunapakai ke atas perantara lain seperti perancang kewangan (FA) atau broker.
Apabila berurusan dengan ejen Takaful Keluarga, anda boleh meminta agar ditunjukkan kad pengesahan ejen yang dikeluarkan oleh MTA. Anda boleh menyemak status ejen menerusi laman web MTA. Sila layari http://www.malaysiantakaful.com.my/Consumer-Zone/Public- Enquiry-on-Agent-Status.aspx untuk butiran lanjut.

Ketahui hak anda
Jika anda bercadang untuk menyertai pelan Takaful Keluarga daripada ejen Takaful Keluarga, anda boleh minta satu salinan panduan perkhidmatan Pengendali Takaful. Panduan ini merupakan senarai semak ringkas tentang kewajipan dan perkhidmatan tambahan yang diberikan oleh ejen pada setiap peringkat iaitu sebelum anda menyertai sijil, apabila anda membuat keputusan untuk menyertai sijil dan sepanjang tempoh sijil.

Memahami produk dengan sewajarnya
Jangan terpengaruh oleh janji lisan atau jaminan pulangan tinggi. Minta dokumen berkaitan produk seperti Ilustrasi Manfaat, Helaian Penerangan Produk dan/atau laporan prestasi dana sebelum membuat komitmen menyertai sijil Takaful Keluarga.

Mendedahkan maklumat yang dikehendaki
Pengendali Takaful telah menetapkan proses pengunderaitan untuk menentukan jenis risiko anda kepada Pengendali Takaful dan untuk membolehkan syarikat memutuskan sama ada untuk menerima risiko atau tidak.
Risiko kematian atau penyakit kritikal ditentukan oleh beberapa faktor seperti usia, jantina, amalan gaya hidup, sejarah peribadi dan perubatan, pekerjaan dll. Anda mungkin menemui istilah-istilah berikut:

Risiko Standard – Umumnya bermakna anda tidak mengalami sebarang masalah perubatan serius atau mempunyai pekerjaan risiko rendah. Anda dikenakan kadar sumbangan standard.

Risiko Substandard – Umumnya bermakna anda mengalami masalah perubatan sedia ada, atau mempunyai pekerjaan berisiko tinggi. Sebagai seorang yang mempunyai risiko lebih tinggi daripada purata, anda mungkin perlu membayar sumbangan tambahan (juga dikenali sebagai bebanan sumbangan) atau bersetuju untuk pengecualian tertentu disertakan dalam sijil anda. Dalam kes tertentu, Pengendali Takaful mungkin menolak cadangan Takaful anda jika mereka menganggap anda sebagai risiko yang tidak boleh dilindungi.
Anda mesti mendedahkan semua maklumat yang dikehendaki dalam borang cadangan/permohonan dengan jujur. Jika anda tidak pasti sama ada perlu mendedahkan maklumat tertentu, anda dicadangkan agar untuk mendedahkannya juga. Ini termasuk sebarang maklumat yang mungkin telah anda berikan kepada penasihat kewangan atau wakil tetapi tidak dimasukkan dalam borang cadangan. Keputusan Pengendali Takaful untuk melindungi anda adalah berasaskan maklumat yang disediakan dalam borang cadangan/permohonan, laporan pemeriksaan perubatan (jika perlu), dll. Kegagalan untuk mendedahkan maklumat penting seperti sejarah perubatan mungkin menyebabkan tuntutan ditolak, lebih-lebih lagi jika didapati kejadian yang menimbulkan tuntutan ada kaitan dengan keadaan perubatan yang sedia ada.

Sentiasa berwaspada
Pastikan borang cadangan/permohonan diisi dengan betul. Jangan turunkan tandatangan pada borang kosong atau tidak lengkap. Jika anda mendapati sebarang maklumat tidak tepat atau tidak lengkap, minta borang dipinda dengan serta-merta. Jangan berikan butiran kad pengenalan atau kad kredit anda kepada orang yang tidak anda kenali atau tanpa mendapatkan penjelasan tentang tujuannya.
Anda tidak digalakkan memberikan cek kepada ejen perkhidmatan anda untuk membayar sumbangan Takaful Keluarga anda. Ejen, walaupun yang jujur, mungkin terlupa untuk membayar sumbangan sijil anda, yang boleh menyebabkan sijil anda luput selepas tamat tempoh ihsan. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah pembayaran yang selamat dan muda seperti potongan debit terus.


Bolehkah saya menyertai sijil Takaful Keluarga secara terus dengan Pengendali Takaful?

mycoverage faq

Takaful Keluarga lazimnya ditawarkan menerusi perantara yang dilantik syarikat seperti ejen, broker dan rakan bankatakaful. Sebagai perancang kewangan profesional, mereka dilengkapi dengan ilmu yang relevan untuk membimbing dan menasihati anda dalam soal penyertaan sijil Takaful Keluarga.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Bank Negara Malaysia telah memberi mandat kepada semua Pengendali Takaful, menerusi Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga, untuk menyediakan saluran terus bagi pelan Takaful Keluarga. Ini bermakna anda diberi pilihan untuk menyertai Takaful Keluarga dalam talian atau menerusi kaunter cawangan. Kebanyakan Pengendali Takaful menawarkan pelan Takaful Keluarga bertempoh yang ringkas menerusi saluran langsung dengan rancangan untuk menawarkan produk jenis lain menerusi saluran pembelian terus pada masa depan.


Adakah ilustrasi manfaat Takaful Keluarga satu dokumen yang terikat di bawah undang-undang?

mycoverage faq

Ilustrasi manfaat bukan dokumen yang terikat di bawah undang-undang. Kewajipan undang-undang sijil Takaful Keluarga adalah termaktub di dalam dokumen sijil.


Bagaimana jika saya tidak bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam sijil Takaful Keluarga yang baru sahaja saya sertai?

mycoverage faq

Anda boleh membatalkan sijil Takaful Keluarga dalam tempoh “penelitian percuma” 15 hari dengan memulangkan sijil kepada Pengendali Takaful setelah anda menerima dokumen sijil. Caruman penuh yang dibayar (ditolak sebarang yuran perubatan yang ditanggung, jika berkenaan) akan dipulangkan kepada anda


Saya tertarik dengan satu pelan Takaful Keluarga baharu. Bolehkah saya membatalkan sijil saya yang sedia ada dan menyertai sijil baharu ini?

mycoverage faq

Oleh kerana penyertaan sijil Takaful Keluarga ialah komitmen jangka panjang, anda dinasihatkan untuk tidak menamatkan sijil anda lebih awal kerana nilai serahan biasanya kurang daripada jumlah caruman yang anda bayar. Anda juga boleh dikenakan caruman lebih tinggi jika anda menyertai sijil baharu ini kerana anda kini lebih tua. Bergantung pada keadaan kesihatan anda, profil risiko anda mungkin berubah dan Pengendali Takaful mungkin tidak dapat menerima anda menurut terma perlindungan biasa dan anda mungkin perlu membayar caruman lebih tinggi untuk perlindungan yang sama disediakan sebelum ini.


Apa yang akan berlaku kepada sijil Takaful Keluarga saya jika saya gagal membayar sumbangan caruman saya pada masa yang ditetapkan?

mycoverage faq

Terdapat “tempoh tangguh” iaitu tempoh lanjutan untuk anda membuat bayaran selepas tarikh akhir pembayaran caruman. Dalam tempoh ini, anda masih boleh membayar caruman dan sijil anda akan terus berkuat kuasa. Pada lazimnya, anda mempunyai tempoh tangguh minima selama tiga puluh (30) hari dari Tarikh Bil, tertakluk kepada amalan syarikat . Jika sijil Takaful Keluarga anda telah luput, anda boleh menghidupkan atau mengembalikan semula dalam tempoh masa tertentu dan dikenakan syarat tertentu seperti perakuan kesihatan anda pada masa pengembalian semula.


Apakah yang akan saya terima jika saya memilih untuk menyerahkan/ menamatkan sijil Takaful Keluarga?

mycoverage faq

Takaful Keluarga Tradisional dengan Nilai Tunai
Sijil Takaful Keluarga anda mungkin sudah mengumpulkan nilai tunai selepas berkuatkuasa untuk beberapa tahun (biasanya sekurang-kurangnya tiga tahun). Nilai tunai ialah bahagian “simpanan” sijil ini. Nilai tunai ialah jumlah terkumpul apabila bayaran caruman anda adalah lebih daripada tabarru’, ini membolehkan lebihan ini dimasukkan dalam akaun nilai tunai yang akan dilaburkan untuk memperolehi keuntungan. Jika anda membuat keputusan untuk menyerahkan sijil Takaful Keluarga, nilai tunai, yang juga dikenali sebagai nilai serahan, akan dibayar. Anda akan mengalami kerugian jika anda menamatkan/ menyerahkan sijil anda sebelum tarikh matang sijil.

Takaful Berkaitan Pelaburan
Apabila anda menamatkan sijil Takaful berkaitan pelaburan, anda akan menerima nilai pelaburan sijil pada masa penamatan. Memandangkan nilai serahan anda perlu dibayar berdasarkan nilai pasaran baki unit dalam sijil, anda mungkin menerima lebih atau kurang daripada jumlah caruman yang dibayar.


Saya tidak lagi mampu membayar caruman saya atas sebab tertentu. Apa yang boleh saya lakukan?

mycoverage faq

Berbincanglah dengan ejen takaful anda untuk menentukan pilihan anda.

Takaful Keluarga Tradisional dengan Nilai Tunai
Pengendali Takaful Keluarga kini boleh membuat perubahan untuk memastikan sijil Takaful Keluarga terus berkuatkuasa tanpa pembayaran caruman selanjutnya. Pilihan biasa termasuk pertukaran sijil menjadi sijil berbayar yang melibatkan pengurangan jumlah asas dilindungi atau mengurangkan tempoh sijil dengan menggunakan baki nilai tunai.

Takaful Berkaitan Pelaburan
Memandangkan sebahagian daripada caruman yang dibayar dilaburkan dalam dana pelaburan pilihan anda, maka sijil Takaful berkaitan pelaburan anda akan mengumpulkan nilai pelaburan secara beransur-ansur. Jika nilai pelaburan sijil anda tinggi, sijil anda akan terus berkuat kuasa selagi terdapat nilai secukupnya untuk membayar tabarru’, yuran sijil dan caj pengurusan dana,jika berkenaan. Walau bagaimanapun, tiada jaminan tentang berapa lama sijil akan terus berkuat kuasa kerana nilai pelaburan bergantung pada nilai pasaran baki unit dana dalam akaun pelaburan sijil anda.

Anda mempunyai pilihan untuk mengurangkan jumlah dilindungi dalam usaha mengurangkan caj Takaful dan melanjutkan tempoh sijil.


Senarai Saluran Pengedaran

mycoverage faq

  • Agensi
  • Bank
  • Pengedaran Langsung – Dalam Talian / Kunjungi Cawangan
  • Pemasaran Langsung / Telepemasaran
  • Penasihat Kewangan
  • Broker
  • Pejabat Pos


tenang
tenang

Helpful Resources


About Liam > About MTA >