life insurance
Penerangan Mengenai
Insurans Hayat

Walaupun anda mungkin menganggap insurans hayat
semata-mata sebagai pelan perlindungan yang
melindungi anda sekiranya anda meninggal
dunia–hakikatnya terdapat pelbagai jenis polisi
insurans hayat yang berbeza. Ia adalah penting untuk
anda memahami jenis pelan yang berbeza dan
bagaimana setiap pelan boleh membantu melindungi
anda sekeluarga.
life insurance
Penerangan Mengenai
Insurans Hayat

Walaupun anda mungkin menganggap insurans hayat semata-mata sebagai pelan perlindungan yang melindungi anda sekiranya anda meninggal dunia–hakikatnya terdapat pelbagai jenis polisi insurans hayat yang berbeza. Ia adalah penting untuk anda memahami jenis pelan yang berbeza dan bagaimana setiap pelan boleh membantu melindungi anda sekeluarga.
whole life insurance

Insurans Seumur Hidup


Insurans Seumur Hidup menyediakan perlindungan jangka panjang yang membayar sejumlah wang sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas pemegang polisi dan/atau orang yang diinsuranskan. Insurans Seumur Hidup ditawarkan dalam dua bentuk:

Pelan penyertaan

Dengan pelan ini, anda akan dapat berkongsi keuntungan syarikat insurans menerusi dana penyertaan. Untung yang diperolehi akan dibayar dalam bentuk bonus tunai tidak terjamin dan dividen.

Pelan tanpa penyertaan

Berbeza daripada pelan penyertaan, anda tidak berkongsi keuntungan syarikat insurans.


term insurance

Insurans Bertempoh


Berbeza daripada Insurans Seumur Hidup, pemegang polisi Insurans Bertempoh hanya akan mendapat perlindungan daripada syarikat insurans untuk tempoh tetap antara 5 tahun hingga 30 tahun, bergantung pada keperluan anda sebagai pelanggan. Simpanan dan pelaburan tidak disertakan dalam pelan ini, justeru tiada nilai tunai akan dibayar jika polisi ini ditamatkan lebih awal.

Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas orang yang diinsuranska semasa dan pada akhir tempoh polisi, polisi akan membayar jumlah diinsuranskan atau menawarkan pemulangan premium yang telah dibayar bergantung pada apa yang ditawarkan dalam polisi.

Pelan ini sesuai untuk pemilik perniagaan kerana dapat melindungi rakan kongsi/pihak berkepentingan utama dalam syarikat, dan lebih murah daripada pelan insurans Seumur Hidup dan Endowmen.


endowment

Endowmen


Di bawah pelan ini, anda akan ditawarkan perlindungan untuk tempoh masa tertentu di mana jumlah sekali gus akan dibayar pada akhir tempoh polisi atau apabila sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas orang yang diinsuranskan dalam tempoh polisi. Ada juga polisi yang membayar manfaat tunai dijamin dalam tempoh polisi selagi orang diinsuranskan masih hidup sehingga akhir tempoh polisi.

Pelan ini sering dilanggan sebagai jaringan keselamatan untuk simpanan persaraan dan pendidikan kanak-kanak. Manfaat tunai yang diberikan kepada anda adalah kurang daripada yang ditawarkan dalam Deposit Tetap kerana pelan ini memberikan perlindungan insurans pada masa yang sama. Ia juga mungkin tertakluk kepada risiko pelaburan.


investment linked

Berkaitan Pelaburan


Pelan Berkaitan Pelaburan adalah sejenis pelaburan dan juga perlindungan. Anda boleh menentukan tahap perlindungan dan pelaburan berasaskan keperluan dan matlamat anda. Fleksibiliti sedemikian menjadikan pelan Berkaitan Pelaburan salah satu pilihan yang lebih popular.


life annuity plan

Pelan Anuiti Hayat


Pelan Anuiti Hayat biasanya dibeli untuk menyediakan pendapatan tambahan pada usia persaraan. Anda akan menerima bayaran tetap secara berkala untuk tempoh masa tertentu atau sepanjang hayat anda. Kebanyakan pelan memerlukan pembayaran premium secara sekali gus tetapi terdapat juga sesetengah pelan yang menawarkan pembayaran premium tetap untuk tempoh yang tertentu.


rider supplementary cover

Rider/Perlindungan Tambahan


Anda boleh memilih untuk menyertakan Rider/Perlindungan Tambahan kepada pelan Bertempoh, Endowmen, Seumur Hidup atau Berkaitan Pelaburan untuk mendapatkan perlindungan tambahan. Ini akan menyebabkan pertambahan premium atau caj insurans.


mortagage

Insurans Gadai Janji Tempoh Pengurangan (MRTA)


Pelan ini akan melindungi bayaran balik pinjaman hartanah yang belum dijelaskan kepada institusi kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ke atas peminjam/ orang yang diinsuranskan.